Wednesday, September 28, 2011

KLIA Training

Aiseyh man. Sejuk nye malam ni. Angin sepak sepak bahasa. Hehe. Hari ni takde lah penat sangat coz duduk dalam class je. Module hari ni agak membosankan la jugak. Ngantuk je dalam class. Dengan aircone nye, beku aku dalam tu. huhu. Masuk hari ni, dah masok minggu ke2 la aku training kat sini. Act, aku training kat KLIA Professional And Management College or short name die KLIA COLLEGE lah. Kat sini aku training as Site Supervisor Railway selama 3 bulan. 1 bulan teory n 2 bulan lagi practical atas track. Macam best kan? Yepp! Memang best pon! 2nd day hari tuh kitorang ade orentasi. Ala.. standard la budakk baru kan. haha! Tapi takde lah buli buli ye. Sekarang dunia dah maju. Zaman dah berubah. eh, yeke ayat die macam ni? Ke terbalik ek? AHH, tak kesa la. haha ! No more buli buli ye anak anak. Takde buat ape pon orentasi tu. Just ice breaking n mini explore race. Oke, jom layan gambar 1st week ;)


 Gambar ni snap time explore race. Tak penah tau pun wujudnye Klia Green Park ni kan?
 
 
 
 
 Semua dalam gambar di atas kecuali Tina, sebenarnye dak poly jugak tapi kos lain. Dulu nampak tak tegur, sekarang baru lah nak kenal kenal. hehe.
 Ni name die Ayu. Perangai die, care die memang sebijik macam Ezat. Tetibe terindu ezat lah pulak :(
 Marimar ! haha. name die Nisa. tapi taktau kenape org panggil Marimar. muke same kot. hehe.

 Aku tengah buat apa ni ye? Pelik je muka -,-"
Time ini semua dah agak kepenatan gara-gara nak complete kan task explore race.

K la. malas sudah nak taip panjang panjang.  macam biasa lah, nah ! gambar last untuk entry ni. haha.

Tuesday, September 27, 2011

Teluk Batik, Lumut

Baik lah anak-anak, sebelum kite memulakan entry kite, ni ade sedikit pengenalan pasal Teluk Batik ni ye.  

"Teluk Batik terletak 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut, Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Jika tidak menyeberang ke Pulau Pangkor , para pelawat ini akan berkelah di pantai Teluk Batik."

Okeh! tu je. nak lebih2, Google sendiri. hehe. Kitorang pergi kejap je. 2 hari je. Sekejap kan? Saje buang2 mase. huhu. Kat Teluk Batik ni, kitorang duduk kat Teluk Batik Resort. Not bad la resort ni. Bilik taklah besar sangat. Ada satu katil queen dan satu katil bujang. Fasiliti dlm bilik biasa2 je. Yang bestnya ada balkoni, boleh lepak2 di luar.Yang tak bestnya, tv takde remote control. hehe. Ade macam2 kemudahan, Dewan, Separate Male/ Female Sauna, jacuzzi, Surau, Grand Ballroom, Traditional Malay Massage, Bilik Mesyuarat, Kolam Renang, Kedai Cenderamata, Gelangang Tenis dan Gymnasium. Eceh ! Macam nak promosi resort plak kan. hehe. Ok, jom layan gambar walaupon tak banyak :)
 Basikal ni resort sediakan. tapi bukan free tau ! RM5 1 jam. Basikal yang ade bakul tu best !
Kolam renang resort. Best coz agak besar la jugak.
 
 
Ayah yang excited naik basikal mula-mula tapi last2 penat. hehe.

 
 
 Naek basikal ni memang best !
  
Oke ! Aku pendek.

Tak banyak gambar pun kan. Ok, mase dah time, nak pegi pasar malam. Dan gambar penutup untuk entry kite hari ni, Taraaaaa !
 

Thursday, September 22, 2011

Suprise Birthday Tina

Birthday Tina 18 September sebenarnya tapi nak meng*update* blog ni punye lah malas uii. ni pon tengah malas2 je nak update coz kalo tangguh lama2, memang takde lah entry tajuk ni. hehe. oke, disebabkan malas nak taip lagi, kite layan gambar jek oke :)

Taraa ! ini lah kek untuk birthday Tina. mule-mule igt nak beli Baskin Robbin, tp BS takde pulk kat JJ Bukit Tinggi. So, beli ape yang ade je lah ! Tapi oke la. Nice rase die :)

okie, ini laa birthday girl kite bersama kek nye.

Tina n Teah dgn muke excited nye. haha.
 
 Alolo. Manjenye Apiz. hihi.

 okeh! ini lah yang paling manje sekali. ahaha!


 Cube tengok muke Tina. dalam ati Tina mesti "hekeleh, over plak Peah ni nak suap-suap pakwe aku. sekeh kang !" Betol tak Tina? kahkahkah !




 
Dai muke tak rela je kena suap. isk! tengok Tina suap Apiz. rilex je.  hehe.
 
Ini pulak birthday girl punye BF. eh, salah pulak. ini Pak Supir aku la. kalo pak supir ni takde, tak sampai lah kitorang kat Kenny
Rogers ni. Trimas Encik Dailami :)

Akhir kalam, eceh ! tak boleh blah ! kahkah ! okeh, serius. Akhir kata, terimalah gambar artis ini. sekian. Hahaha !

Wednesday, September 14, 2011

Forteen - Berdua Bersatu

Hai Hai ! Bosan nye lah hari ni. Dari pagi sampai lah ke malam hujan tak berhenti-henti. Ngantok aje mate ni. macam nak katup ! huhu. okeh ! Hari ini rase macam nak kongsi 1 lagu ni. Lagu ni dah lame jugak lah masuk radio. Artis bawah naungan KRU. Kire artis baru lah. okeh, jom layann!!
 

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu


Wednesday, September 7, 2011

Fullhouse

Rasenye tak terlambat aku nak cakap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kan? huhuhu. Time raye pertama tu, saje nak jenjalan kat pyramid. Buang2 mase gitu. Haha.

Susah gile woi nak carik parking.. macam nak carik emas. Amende tah yang orang suke pegi soping mall tah.. cewah.. padahal kau pun pergi jugak.

Ok, so motif pergi ke Sunway Pyramid ialah.. takde motif sebenarnya.. saja je nak menghabiskan masa terluang..

Sehinggalah kami sampai ke satu kedai…

 
Cube tgk waitress dia pakai baju macam gadis susu cap junjung. Comel je.

  
sama kan? gambar ni saya google je., terima kasih tuan punya gambar :) 

selamat datang ke Fullhouse..

 
Tony's Teriyaki Chicken Burger yang besar dan sangat mengenyangkan. Sedapp  :)

 
Dessert Combo
 
 Yang kiri sekali tu tak nampak pulak. Yang penting dessert die memang superrrb lah !
hari-hari makan boleh kena kencing manis. haha. Tapi memang sedap.

Dengan masing-masing punya makanan. Yummmeehhh. Interior die best tambah-tambah makanan pun sedap memang selesa habis la makan situ. Harga not bad la. Service pun tiptop setanding dengan harga service charge.Bertambah sedap bile orang belanja lah kan? haha. Trimas to Along n Abg shafiq :)

Habis sudah cerita harini. Lain kali ade tempat makan menarik lagi, aku review lagi. Eyh ni entry review tempat makan ke? Boleh la kan, ade la jugak info-info berguna yang boleh diguna pakai. Beta nak tidur sebentar. Entry ni tamat ditulis pada jam 12.19 a.m.



 

"Heartly Written" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal