Tuesday, September 27, 2011

Teluk Batik, Lumut

Baik lah anak-anak, sebelum kite memulakan entry kite, ni ade sedikit pengenalan pasal Teluk Batik ni ye.  

"Teluk Batik terletak 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut, Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Jika tidak menyeberang ke Pulau Pangkor , para pelawat ini akan berkelah di pantai Teluk Batik."

Okeh! tu je. nak lebih2, Google sendiri. hehe. Kitorang pergi kejap je. 2 hari je. Sekejap kan? Saje buang2 mase. huhu. Kat Teluk Batik ni, kitorang duduk kat Teluk Batik Resort. Not bad la resort ni. Bilik taklah besar sangat. Ada satu katil queen dan satu katil bujang. Fasiliti dlm bilik biasa2 je. Yang bestnya ada balkoni, boleh lepak2 di luar.Yang tak bestnya, tv takde remote control. hehe. Ade macam2 kemudahan, Dewan, Separate Male/ Female Sauna, jacuzzi, Surau, Grand Ballroom, Traditional Malay Massage, Bilik Mesyuarat, Kolam Renang, Kedai Cenderamata, Gelangang Tenis dan Gymnasium. Eceh ! Macam nak promosi resort plak kan. hehe. Ok, jom layan gambar walaupon tak banyak :)
 Basikal ni resort sediakan. tapi bukan free tau ! RM5 1 jam. Basikal yang ade bakul tu best !
Kolam renang resort. Best coz agak besar la jugak.
 
 
Ayah yang excited naik basikal mula-mula tapi last2 penat. hehe.

 
 
 Naek basikal ni memang best !
  
Oke ! Aku pendek.

Tak banyak gambar pun kan. Ok, mase dah time, nak pegi pasar malam. Dan gambar penutup untuk entry kite hari ni, Taraaaaa !
 
 

"Heartly Written" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal